Adakalanya tiba masa sulit yang membuatkan hidup kita terasa penuh kepedihan dan keluh kesah. Namun, pada saatnya jua tibalah masa kegembiraan yang membuatkan hidup kita terasa ringan dan terang. Tanpa sedar, bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya, kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan dan emosi - emosi lain hanyalah sementara. Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tidak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu datang silih berganti tanpa selalu dapat dinanti.
Yang perlu kita fahami adalah kesementaraan ini. Kesementaraan menunjukkan bahawa emosi - emosi itu bukanlah milik kita. Ia hanyalah sebuah tawaran daripada alam yang menunjukkan tindakan dan sikap kita. Ia adalah diri kita. Saat gembira, sedarilah kegembiraan itu. Saat sedih, fahamilah kesedihan itu. Saat kita penuh dengan kesedaran terhadap emosi kita, saat itulah kita bersentuhan dengan jiwa yang tenang milik kita...


No comments:
Post a Comment