Bismillahirrahmanirrahim...
Seringkali kita merintih pabila kesihatan yang dikecapi diganti dengan serangan penyakit yang berpanjangan. Sakit dan sihat, dua-duanya adalah ujian, nikmat dan rahmat dari Rabb Agung kepada hamba-hambaNya. Sakit juga kafarah kepada dosa-dosa yang kita lakukan, betapa Allah menyayangi kita semua. Namun, kita tetap juga merungut dengan sakit yang kita perolehi kerana ianya menjejaskan kehidupan kita secara langsung. Wajarkah tindakan kita?
Tatkala sihat, kebanyakkan dari kita lupa untuk bersyukur, lupa untuk mengingati Dia, lupa untuk menjaga kesihatan yang dipinjamkan. Dan, sewaktu sakit datang bertamu, barulah kita mencari Dia, meminta padaNya agar kesihatan yang baik dikurniakan semula.
Bersabarlah wahai orang-orang yang ditimpa kesakitan, ianya adalah ujian kepada kamu, untuk melihat sejauh mana kamu sabar dalam menempuhinya. Kerana Allah itu sangat menyayangi kita, sangat merindui kita, dan kerana itulah Dia datangkan musibah dan penyakit agar kita kembali mengingatiNya, kerana manusia itu sesungguhnya pelupa...Lupa akan nikmat yang dikecapinya sebelum ini, lupa akan peluang yang Allah kurniakan buatnya..
Walaupun disaat ini,kita masih diuji dengan kesakitan, kesakitan yang terkadang berpanjangan..yang orang lain tidak merasa betapa perit kita menanggungnya.Ingatlah bahawa ujian sakit yang Allah berikan itu adalah untuk mengajar kita dan mengingatkan kita untuk lebih tabah dan kuat berdepan dengan ujianNya. Bersyukurlah kerana Allah masih meringankan ujian buat diri kita berbanding ujian berat kepada para anbia'. Bersangka baiklah kepada Allah..mungkin ujian sakit yang diberikan itu adalah untuk kita lebih taqarrub kepadaNya..untuk menambahkan rasa rindu kepada Rabbi..perbaikilah setiap ibadah yang masih mampu untuk kita laksanakan, ibadah yang sempurna adalah sebagai bekalan bagi kita yang bakal bertemu dengan-Nya. Berdoalah! Moga setiap ujian yang ditanggung didunia ini akan diberi rahmat olehNya di akhirat kelak.
Ya Ilahi Rabbi, kuatkanlah diri ini untuk menempuh ujianMu, sabarkanlah hati ini untuk mengharungi detik-detik yang menyeksakan, moga ada kegembiraan di setiap pengakhiran sebuah duka...Ameen..
note: wat chubby cute yg dikasihi kuatkn smgt ye, smga beroleh kesihatan yg baik & teruskan tawakal a'lAllah :-)
.


No comments:
Post a Comment