Tanggal 12 Rabiulawal bakal menjelma.. Seluruh umat islam dipelusuk dunia heboh menceritakan tentang kemunculan hari yang istimewa itu.. Tentang kelahiran nabi Allah Muhammad s.a.w.. Insan yang paling agung dimuka bumi Allah s.w.t.. Pelbagai persiapan yang telah diaturkan bagi menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w..kebiasannyer umat islam akan mengadakan perarakan berselawat keatas nabi..Alhamdulillah..masih segar diingatan kami ummat nabi Muhammad mengingatimu ya Rasulullah..
Teringat ana dizaman kanak-kanak dulu..ketika disekolah rendah,apabila tiba saje Maulud Nabi, maka pihak sekolah akan menganjurkan perarakan Maulidur Rasul secara besar-besaran..Kami semua akan berarak, berselawat sambil membawa sepanduk..alangkah seronoknyer ketika itu..berarak bersama rakan-rakan dan cikgu-cikgu..terasa bagai mendapat satu aura, segar rasanyer pabila mengalunkan kalimah "Sollallah..hu'ala Muhammad.. Sollallah..hu'alaihi wasallam.. Sollallah..hu'ala Muhammad.. Sollallah..hu'alaihi wasallam.." macam-macam rasa ada time tu..rasa terharu,rasa dekat jer dengan baginda..rasa seperti Rasulullah masih wujud lagi dimuka bumi Allah..tapi sayang seribu kali sayang..kita belum diizinkan oleh Allah lg, untuk bertemu dengan insan yang menyebabkan kita masih merasai nikmat Iman dan Islam... Subhanallah..betapa mulianya nabi kita yang lahirnya memancarkan cahaya..hatta di sepanjang hayatnya cahaya itulah dapat menyinari kegelapan umat Islam dari dulu hingga kini..
Pernahkah kita berfikir sejenak sejauh manakah penghayatan kita terhadap perjuangan, pengorbanan Rasulullah s.a.w untuk menyelamatkan umat Islam dari terus dibelenggu oleh berbagai kesesatan yang dibawa golongan kuffar??Bayangkan jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah untuk mengenal dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w maka apakah yang akan berlaku pada diri kita hari ini dan dimasa yang akan datang??Siapakah kita tanpa kehadiran Rasulullah?? Sejauh manakah kasih dan rasa cinta kita terhadap kekasih Allah Muhammad s.a.w ini??
Kita tidak dapat menandingi kasih sayang yang dipamerkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w terdahulu..seperti Bilal bin Rabah yang pada mulanya merupakan seorang hamba yang berkulit hitam akan tetapi hatinya putih bersih,selepas memeluk Islam beliau merupakan seorang muazzin yang paling merdu laungan azannya..beliau sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan dakwah Rasulullah,begitu juga dengan Uwais al-qarni yang sesetengah ulama' mengatakan beliau adalah sahabat nabi dan bukan sahabat nabi. Uwais pada hayatnya tidak berkesempatan untuk bertemu Rasulullah kerana ajal datang menjemputnya ketika perjalanan pulang beliau dari rumah Rasululllah yang pada awalnya beliau berhajat sangat ingin bertemu dengan Rasulullah akan tetapi Rasulullah tiada dirumah. . Beliau sentiasa mengikuti perkembangan Rasullullah hingga satu ketika beliau mendengar yang Rasulullah tercedera dalam peperangan, gigi Rasullah patah dan buku lalinya terluka.. oleh kerana Uwais al-qarni begitu cinta kepada Rasulullah maka beliau pun mematahkan giginya dan melukakan buku lalinya disebabkan ingin merasa kesakitan yang telah dirasai oleh Rasulullah s.a.w..Subhanallah.. betapa sayangnya Uwais terhadap Rasulullah.
Wahai sahabat sahabiahku sekalian.. Lihatlah dan nilailah diri kita, lihatlah sekeliling kita yang begitu lalai, golongan remaja khususnya, hidup dalam suasana hiburan semata-mata.. leka dengan kenikmatan dunia..sesetengah mereka tidak lagi mengenal atau sengaja buat-buat lupa pada Rasulullah..Masyaallah..bagaimanakah nasib generasi akan datang jika keadaan ini berterusan?Apakah masih akan wujud lagi perarakan sambutan Maulidur Rasul??atau paling kurang ucapan selawat kepada baginda setiap hari?
Sedarlah wahai umat Islam..hakikat kehidupan kita yang sebenarnya adalah diakhirat kelak, hidup didunia hanyalah sementara..ajal akan menjemput kita pada bila-bila masa saje..sakitnya mati kita tdk tahu..cukuplah dengan apa yang diceritakan oleh sahabat-sahabat Rasullullah bagaimana Rasulullah insan yang paling mulia disisi Allah..yang dalam keadaan tenang baginda menyatakan perit berdepan dengan sakaratulmaut..bagaimanakah giliran kita insan yang hina ini nanti yang akan merasai sakitnyer disaat roh keluar dari jasad?wallahhu'alam..dan pernahkan kita gambarkan bagaimana keadaan kita diakhirat nanti?? Tahukah kita bahawa Rasullullah sedang menunggu untuk bertemu dengan kita ummatnya? hanya manusia yang mendapat syafaat dari baginda sahaja yang akan bertemu dengan baginda, merasai begitu berhasilnya mengikuti sunnah Rasulullah..begitu bernilainya kita mencintai Rasulullah selepas Allah s.w.t..marilah kita sama-sama menghayati sirah perjuangan Rasulullah s.a.w..Ya Rasulullah..kurniakanlah aku syafaatmu..aku rindu untuk bertemu dengan mu.



No comments:
Post a Comment